NADI – CYBERSECURITY: WEBINAR CYBERSECURITY - JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026
6 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini6 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – CYBERSECURITY: WEBINAR CYBERSECURITY - JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM. Seramai 1 orang peserta telah menghadiri kelas mahir di NADI. Kelas ini bermula pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai tiga jenis penipuan siber iaitu Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam. Peserta memahami punca penipuan berlaku, taktik yang digunakan serta kesan seperti kehilangan wang, pencurian maklumat peribadi dan penyalahgunaan identiti. Peserta turut didedahkan kepada tanda-tanda scam seperti tawaran kerja yang terlalu lumayan, hubungan dalam talian yang meminta wang serta tuntutan bayaran atau caj penghantaran palsu. Langkah pencegahan termasuk menyemak kesahihan maklumat, tidak berkongsi data peribadi atau OTP, tidak membuat bayaran mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menjadi mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: